A journey of a thousand miles must begin with a single step :)

Thursday, November 24, 2011

Esok lusa masih ada :')

Budak ni tkda kena mengena dengan entry. Geram tengok muka dia comel lote (;

Dear blog,

Lama tk post entry ni :D Haha Harini hari apa? Muehihi aku tk ingat harini hari apa :D Aih cuti sekolah lah punca ni. Hihi selalu pagi pagi dah tulis tarikh dekat whiteboard :D Haha harini hari Khamis. Kalau korang rasa hari jumaat tktau lah pulak aku :D Haha kali ni nak cerita sikit lah serpihan kenangan atau detik-detik 3 tahun sekolah kan?. Tingkatan 4 dah aku kan? Haha Badan, Ya allah mengalahkan budak sekolah rendah. Haha lepasni mana jumpa dah budaak cerdik pandai xD semua nak belah pergi asrama. Okay tk jumpa dah. Bye korang. Sorry lah kalau pernah langgar bahu ke apa ke kan? Haha yang pindah pun ada jugak. Okay bye untuk korang jugak. So, apa yg tinggal dekat convent tahun depan? Haha tunggu dah lihat saja lah. Life as form 4 tercabar kan? Fuh apa nak jadi entah nanti :b Haha Sumpah memang aku takkan lupa kenangan manis dengan semua orang. Tk kira ah kau pernah gaduh dgn aku bagai perang dunia kedua sekali pun. Aku takkan lupa. 1 bestari memang best (; 2 cerdas Awesome (; 3 Dinamik menggila :D Haha mari mula dengan 1 bestari. Masa ni ramai budak melayu. Haha memang best. First week tu aku tk berapa campur dengan org. 24JAM berkepit dengan Afiqah xD Haha sekali Afiqah pindah. NAAAH amik kau! Haha masa tu semua org aku campur. Tk kira kulit. Haha Satu kepala semua classmate aku. Okay 2 Cerdas lebih best. Haha tengah bulan tu gaduh. Haha mmg gaduh gila gila sampai kena panggil dengan penyelia petang. Woah hebat tk? Budak perempuan gaduh perang mulut. Lagi sakit weh dari makan kaki xD Haha okay 3 dinamik gelak 24jam. Okay korang mmg terbaik. Classmate yang mmg menggila tk renti renti. Haha gambar dari A-Z semua aku simpan. Jangan risau. Hihi I do love all of you. PEACEEEE (Y)


Saturday, November 12, 2011

Thankyou One HD!





Kewajipan mereka untuk membuat aku orang setiap hati jumaat


Hey world, I DO LOVE HARORO GARY JAE SUK JOONG KOOK JI HYO KWANG SOO


Entry khas untuk awakk :')

Hai kawan,

Hari sabtu dah berlalu. Tiba hari esok nak meluangkan masa masa cuti :) Sabar, Fatihah. Dua hari je tinggal nak sekolah. Lepas tu, cuti sekolah. Bukan itu entry kali ni. Tengok tajuk sumpah geli , jiwang tahap gaban :D "Awak" dalam tajuk entry tu stands for perempuan, bukan lelaki. cerita dia macamni sebenarnya, lumrah alam kan, salah faham antara manusia. Bila semua dh marah? Porak-peranda lah dunia ni :b Hey there, Farah afiqah! Ingat lagi tk? Haha awak block kita dalam facebook :( Alalala sedih nyerrrwwww :') Haha ni bukan niat mengejek. Ni niat baik ni nak minta maaf :P Apa pasai hang block aku? Act dia pun terlepas bengang dekat awakk rasanya :D Dia geram dgn org lain, tiba tiba hang ada. Haha kesian awakk :') Mintaa maaf kalau aku salah sebab berdiri sebelah dia masa kau kene marah :D Hahaha patutnya aku berdiri atas bumbung masa tu :D Maaf zahir batin kay? Haha sedih saya baca blog awakk :') Hihihihi satu kelas kan, tkbest lah masam muka. Aku mintak maaf pada F.A kay? Kau orang tkpayah sibuk -.- PEACEEEE (Y)

Friday, October 21, 2011

Capital A

Thursday, October 20, 2011

Thumbs up!


Life is one grand, sweet song, so start the music. Hello readers! Tktahu nak update entry apa sebenarnya. Sedang mendengar lagu 'be mine' by infinite, terlintas pulak nak cakap pasal diaorang. Peaceeee pada korang yg anti kpop. Muehihihi tksuka tkperlu baca kay? Okay infinite menang kpop countdown minggu ke berapa entah. Congrats! Paradise punya lagu is shooo awesome ;D Well, I do love infinite sejak lagu be mine tu :b "EH MINAH NI ORANG DAH LAMA MINAT INFINITE NI, KETINGGALAN ZAMAN BETUL" Haha sukahati aku lah nak minat bila pun. Tk mintak duit kau k. Haha well macam biasa, kalau dah minat band, mesti nak minat salah seorang member kan? Kalau tksalah, Band ni ada 7 orang. Err dalam 7 orang tu, lee sungyeol agaknya yang aku minat :b Sebab apa? Sebab dia nampak cool ;D Haha nyway, Thumbs up for INFINITE. Yes, I LLLOOOVVEEE INFIINITEEEEE (Y)

Thursday, October 13, 2011

Gaya kau cakap dengan orang tu macam kau cantik sangat.
Gaya kau cakap dengan orang tu macam kau perfect sangat.
Gaya kau cakap dengan orang tu macam tkda adab sangat.
Gaya kau cakap dengan orang tu macam kau seorang yg tau segala-galanya.

Menyampah tengok kau weh -_____- seriouslyyy



Wednesday, October 12, 2011

Detik selepas pmr -.-

Hello from above our magnificent planet Earth. Gaya bahasa Hiperbola nampaknya digunakan bagi pembukaan kata :b Hiperbola? Apa lah budak ni merepek -.- Haaaa sah kau tk pay attention masa cikgu bm masuk kelas pum pang pum pang mengajar :D Well, Tkda cerita menarik nak dikongsikan sebenarnya. Cuma serpihan kenangan manis yang aku lalui harini menjadi tajuk entry. Macam biasa, PMR dah habis. Setelah tiga tahun isi peluru, Empat hari perang, akhirnya tamat jugak segala perit gentir yg kami lalui. Walaupun result tk dapat lagi. Tapi, enjoy dulu yang penting :D Haha. Utk meningkatkan tahap kerajinan dtg ke sekolah, sekolah aku buatlah aktiviti menarik utk kami :P Haha harini slot my team dah start. Group aku tkda sorang pun sama geng -.- Group nombor 3 weh ;) Top 3 huh? Haha Miss simple nama diberi. Sejarah nama merujuk kpd, Lagu suju mr. simple :D Haha isnt that creative? Haaahaaa agak lah. Tengok group members lah kann ;) Aku sama group dengan budak bestari banyak.lepas bentuk kumpulan cikgu suruh buat logo. Ngeh, Logo kami mmg simple. Haha sesuai dgn nama kumpulan. Muehihihi nyway, annoying gila haniza panggil aku Dora Dora. Mmg mintak penyepak kelas satu :D Haha Thanks weh, bagi clould 9 tadi :D

Thursday, September 29, 2011

The last day :')

Hello semua. Hihihi Harini hari Khamis. Nyway, the best day ever. Haha tension gilaaa, tinggal 3 hari nak Pmr. Apa kes? Haha tkda kena mengena dengan Tajuk entry doh :b Kay, Yesterday was the last tuition for 2011 :') Ini bukan cobaan, Ini betul betul :b Dah habis dah tuition aku kan? Sumpah macam cepat gila masa. Naaah, Im gonna miss my place bawah Air-cond. Fuh, memang strategik betul tempat tu ;D sampai terlelap mata dibuatnya. Haha lepas settle kan semua hutang dalam tuition tu, Tiba masa nak balik. Budak perempuan kan? Dah last day ni, Apa lagi. nak ber cameraaa je lah tkda benda lain xD Haha goodluck budak budak tuition for Pmr kay. buat yang terbaik! Bye magnetic tuition center! Muaah muah, Hikhok ;D

Dear sir Tang, Thanks for your teaching. Im gonna miss your " Terbang " word ;D Your class is Reallaaaay Awesomeeeeeee ;)

The next story is about Puan Azizah. Yaaah, Slightly tears coming out tadi. Sumpah sedih gila. I dont even know kenapa aku tk boleh tahaaan :') Secara sejujur-jujurnya She's the best mathematics teacher I ever had. Memang ngam gila dia ajar. Ahh, Im gonna miss her so much. Kami buatkan kad for her. Nah, the card is shoooo attractive kay. Pink colour. Nyway, Thanks to Puan S for giving us permission nak bagi kad tu dekat dia sebelum balik. Dia cakap dia gembira. Ahh, Terharu doh. Tkboleh tahan. Mulaaa nak meleleh air mata niiii. Sesi berpeluk-pelukan dengan Puan Azizah membuatkan ramai yang menitiskan air mata termasuk cikgu tu sendiri. Hey world, I do love her.

Dear Puan Azizah, Thanks for your teaching. I really appreciate what you had done to me. Thankyou Thankyou Thankyou. Have a save journey! Pray for meeeeeeee :') :')

Friday, September 23, 2011

From now on :)

I LOVE MATHEMATICS ;)

Thursday, September 22, 2011

Apa cerita?

Hello readers. Amboi, Lama gila tk update blog. Haha tkda masa nak tulis buat karangan memanjang dekat sini. Buku teks Sejarah menunggu ;D Haha apa kes? Pmr nak dekat ni. Apa lagi, Pulun habis habis. Jangan sampai menyesal. Itu lah terngiang-ngiang nak pergi sekolah, sampai balik rumah. Bila time over tu datang, Sampai nak tidur pun dok terfikir lagii. Macammana lah aku ni nak jawab periksa nanti. Haha Pejam celik pejam celik tinggal 8 hari lagi nak Pmr :') Well, Im trying to catch up everythaaang. Tak semudah itu kay. Form 1 2 3 kena revise semua. Tu baru Pmr, Belum SPM. exam nak dekat ni, janganlah nak gaduh gaduh dah xD eventhough ada yang tk berapa menyenangkan hati -_________- orang serious apa semua, dia boleh main main.Buku teks kalau hilang kena ganti. Itu yang aku menggelabah kot kot hilang ke. Padahal aku bukan letak atas bumbung pun buku tu. tapi boleh hilang kan. Haha eh yang tk berkenaan memang tk faham. Tapi aku percaya, Yang berkenaan mesti terasa. I dont even know what are you trying to do. And I dont even care if you say, Ops! sorry weh. The problem is she never say anything (Y) Haha isnt that brash? Nawh, maaf kalau aku ada tersilap buat apa apa. Peace ;)

Monday, July 25, 2011

Semua dah sombong kan . Kay fine . korang sombong dah semuaaa ;> mana nak tegur orang dah kan . masing masing buat hal sendiri . Aku tk tegur tkde lah kau tegur . Haha Jangan nk sombong sangat lah . Takdelah HOT mana pun -__- Hihihihi sorry lah tapi ini yang aku rasa . Jangan nak terasa apa bagaii -,-

Sunday, July 24, 2011

City Hunter - Cute Scene (Episode 07)


Kim nana is totally cuteeeee ;) I love her haiirr ! Lee min hoooo is soo hooot ! Zomgeeee . Thumbs up for city hunter ;)

Saturday, July 23, 2011










you will not be successful if there is no effort made by yourself . Isn't that obvious ? I'm keep remembering this word from day to day . This is actually the only key to success ! Trial is just around the corner . Please beware form three student ;) We are going to do our best for our own benefits . Facebook ? Please , stay away from us ! You've waste our time ! Hehehe It's not facebook fault actually . It's our own fault ! and now, a creature has already started to come and approach us ;) S-T-R-E-S-S ! you've ruined up my day !


Tahniah Malaysia , Syabas Singapura ;) Macam macam riaksi orang tengok bola kan ? Ada yang mencarutnyaaa -,- ada yang baling benda dekat tv pun ada . Dia ingat dekat stadium ke apa . last last RM terbang nak ganti TV baruu :P Haha baru beberapa minit tadi , singapore telah memenangi perlawanan antara malaysia vs singapore 5-3 . SINGA LAWAN HARIMAU . Haa elok sangat lah tu ;) well , not bad singapore . Tak lupa buat pemain Malaysia . Adat permainan kan kalah dan menang tu . kalau semua nak menang macam mana pulak tu >,< kecewa memang adalah , sebab semua org mengharapkan kemenangan . Tapi dah takda rezeki kan . Tkpa , kenapa tk kita usaha lagi untuk sesi perlawanan yang berikutnya ? orang selalu kutuk mengutuk bila dah kalah . Come on lah , semua orang marah kalau kalah . tapi , diaorang main sebaik yang mungkin . Kepenatan lari sana lari sini . Kau ada ? tkda diam jeee . Kalau dah nama rezeki tu tak kemana . even kalau singapore dah goal 5 , kalau ada rezeki MAL menang , saat saat akhir pun boleh ;) Tidakkah begitu ? Hihihi . Apa apa pun , Jangan lupa kay saksikan perlawanan berikutnya di stadium bukit jalil . Gooo Harimau Malaya . Kami sokong dari belakang !

Wednesday, July 6, 2011

BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 3 IS WAITING FOR MEE :')
ya allah . lamanyaa tak blogging kan , lama tak conteng blog ni dengan tulisan yang merepek repek . Kay , esok khamis , ada sesi dialog bersama ibu bapa . datang ke sekolah ambil report card . Haha result macam mana cik fatihah ? Bak kata lagu D.siti biarlah rahsia kan . itu masalah diri sendri . dan for you information , bukan itu entry kali ni . Haha sebelum merepek lebih panjang lagii . lebih baik straight to the point .

BIAR MUKA TAKLAWA , JANJI ADAB TIP TOP :*

muka taklawa ? eeuw , who cares ? ada jodoh ada lah . perangai biar senonoh kan . jangan nak overdose sangat . Hihihihi orang hidup biar ada adab . jangan penuh dengan alim alim kucing . haha ayat jia weiii :b Aku selalu terfikir cakap puan azizah . kalau ada yang tak kena dengan diri kita misalannya , takde kawan nak kawan ke , dah besar hidup merana ke , mesti ada salah yang kita pernah lakukan dulu . yess , memang . agree sepenuh penuh peratus . kenapa perlu salahkan orang lain kalau dah salah sendiri ? Lah , kan tak baik macamtu ? Haha kalau muka lawa tapi perangai taak elok tkde kemana nya kauu . marilah kita semua renung renung kan . pokok takkan layu kalau kita siram dia . hidup takkan merana kalau kita penuhkan dengan sifat sifat kebaikan . ambooi ayat aku ;) Haha kay chiaaawww :3

Thursday, June 23, 2011

SESUNGGUHNYA , SAYA AKAN BERUSAHA UNTUK MENGULANGKAJI PELAJARAN DALAM SEMUA MATAPELAJARAN UNTUK KEBAIKAN SAYA SENDIRI . SAYA JUGA INGIN BERUSAHA UNTUK MENCINTAI MATHEMATICS SEPENUH HATI SAYA

fatiie ,
wanna wish happy birthday to lee min ho, the ever-popular Korean youth.Happy birthday OPPA ;) may live longer and have a successful life in the future. big fans here ;) hihihi 난 널 사랑해 :D

Monday, June 20, 2011

Hello semua ;) 9.50 pm waktu di malaysia sekarang . Hihihihi . alhamdulillah , sumpah rasa macam happy gila kerja khusus semua dah siaaap :b at least , lepasni boleh lah concentrate dekat study pulak dah nak PMR niiiiii ;> kayy Fatihah , eh cuba bold kan nama tu ? :D again .
kayy Fatihah you're having PMR this year . jangan buat buat lupaaa ke apa ke . Hahaha maths tu usaha lagiii . Insyaallah boleh . Si pemalas nii . Hahaha suka lah hati bak kata lim jia chyi . suka hati kepala hotak dia . Haha hidup dia memang lah sentiasa bahagiaaa :D Maths , pleaseeee be niceee to meee :3 ILOVEYOU . walaupun tidak sebenarnya . bak kata puan azizah , cuba untuk menyukai sesuatu yang kita taksuka . Mungkin ia lagi mudah untuk kita sebenarnya . taklah tension sangat kann . CHIOOOWWW :3 xoxo

Saturday, June 18, 2011



Assalamualaikum para pembaca sekalian . harini hari ahad , 19-06-2011 . guess what ? hari ni hari bapa :') Happy father's day to my father . There's nothing in this world can describe how much I miss you :'( You're the best . you're amazing . you're the most handsome man in this world . iloveyouuu iloveyouuu !

Tuesday, May 31, 2011

Konsert live super junior M hari belia 2011



Assalamualaikum semua :) hello . okay , ini baru first time selama 15 tahun hidup pergi konsert suju live dan yang penting free :b Haha . First time dapat tau diaorg nak datang memang panas ponggong ni , nak pergiiii sangaaaaat ;> i just like nantaklah nak jadi apa pun . omgeeee gilaa kann ? Haha tapi memang terbaik lahh . orang macam ikan sardin dalam tin king cup tu . gilaaa aku dahlah datang lambat . cari punya cari takjumpa cuak gila wehh ;) yelahh datang dari jauh . kalau takjadi tak ke menangis air mata darah :b Haha rupanya dekat belakang lagi . parking takpayah cakap lah , jauh gilaa . nak jalan dari parking tu pun dah turun 2 kilo :P Haha bila dah jumpa pentas tu , ya allah memang ramai gila lahh :) tak nampak wehh . dah lah belakang , tepi pulak tu . nampak rambut diaorg pun jadilah :b Haha sementara nak menunggu ni , memang berpeluh lah . sebab dah berhimpit kan ? so , baju ni dah macam baru mandi air terjun :D adik aku lagilah . aku berdiri lah menunggu kepanasan , sembang sembang . ada seorang remaja lelaki bernama sama pulak dengan adik aku . Haha si qayyum ;) peramah , tegur kami :) okay , kepada yang bernama encik qayyum atau qayyum senior . Haha adik qayyum azhad junior tanya facebook anda . memang gila lah adik aku -,-" mana nak cari qayyum belambak dalam facebook tu . Haha kay back to the topic . dah mula persembahan aku dah mula bengang , taknampak langsung . pergi lah ke belakang tengok skrin besar . rasa tk sama . Haha tak happening ;) lepastu agak dah lama sikit , orang pun ada yang dah balik . memang macam orang gila lah orang orang dekat situ . termasuklah aku sekali . Haha mana taknyaaa . hot sangat penyanyi tu :P lagi lagi lah , masa beberapa orang kene naik atas pentas dan mengajukan soalan kepada setiap penyanyi yang berdiri sebelah mereka ;) habis soalan , kene cium tangan dah peluk . Haha semua yang di bawah menjerit . walawehh , kalau boleh nak baling selipar :P Hahaha habis dalam pukul berapa aku takpasti . masa diaorang habis menyanyikan lagu terakhir terus balik . diiringi dengan pak polisi lah kann . lepastu masa dah naik kereta pun peminat mereka boleh kejar lagi :D jerit jerit . Haha bak kata mak aku ; ya allah , ni kalau terlepas lah sorang penyanyi suju ni , habis mati ditarik dengan peminat . Haha aku pun memang menggila lah . tambah tambah bila nyanyi lagu super girl . Haha ingatkan lagu tu takde . rupanya lagu tu lagu terakhir yang dinyanyikan oleh kumpulan yang memang cukup terkenal tu . Haha kayy , balik hotel baru aku terasa tekak aku sakit , dan badan aku penat . dekat sana tak rasa apaa :P kalau demam baik terus kot . Haha super junior M the best ;) well , sayang sayang malaysia ;>

Wednesday, May 25, 2011

Jangan ambil mudah .

Kalau rasa rasa diri tu adik , jangan biadap dengan kakak atau abang okay ? awak tu kecil , kenalah dengar cakap orang yang lebih tua . kalau rasa diri tu kakak atau abang pula , jangan buli adik tu . kesian . adik kena hormat dengan kakak . kalau kakak cakap sikit , lepastu nak melawan , lemparkan kata-kata kesat , lepastu nak bertumbuk bertampar baik takpayah . memang biadap kurang ajar lah namanya . itu lebih baik bukan ? janganlah rasa diri tu pandai sangat . jangan jadi adik derhaka okay ? masalah nanti . setiap orang ada kesabaran jugak . kalau dah melampau sangat , tak ke dapat pelempang buy one free one ? Haha memang yelah ;) pepatah pun ada cakap , yang tua kita hormati , yang muda kita sayangi . so , tak kira lah kakak atau abang tu tua setahun je ke , tua berbelas belas tahun ke , kena hormat lah . itu kakak jugak umur berapa pun . so , jangan nak besar kepala sangat . tuhan tu maha adil . takpernah tidur . setiap kesalahan korang lakukan dia tau . dan for sure , ada balasan yang menanti . Ingat ! bukan ibu bapa , guru , nenek , atuk , orang tua sahaja kena hormat , adik beradik sendiri pun sama . penting tu penting ! JANGAN AMBIL MUDAH . kalau dah tersilap atau dah terlanjur buat salah , minta maaf lah . apa lagi ? buatnya orang tu tak maaf sampai bila bila ? tak merana kau ? Haha fikir fikir kan lah . assalamualaikum :)

Monday, May 9, 2011

bila exam for sure lah berpulun nak baca buku kan ? Dan for sure semua orang nak A . tkde orang dalam dunia ni nak failed -,- Bila dah nak dekat exam , mesti lagi terharu kan kalau ada orang cakap goodluck , buat betul betul , you can do it . tambah tambah bila orang yang korang harapkan yang ucap lagi bersemangat nak buat exam bukan ? so , penting sebenarnya cakap goodluck dekat orang yang nak exam ke apa je lahh yang melibatkan pertandingan ke apa ke . so , why not korang cakap goodluck for those yang korang kenal , then nak ambil exam ke apa ke . takbaik ahh buat bodoh je kann . orang yang ditujukan tu actually tak mintak korang nak cakap , tapi if korang wish macamtu dekat dia . at least , kita bagi semangat kan ? samalah macam diri sendiri jugak . if someone cakap goodluck , you can do it ! mesti korang awhh , dunia ni aku yang punya . Haha it goes the same bila wish happy birthday . wish yang ikhlas tu lagi berharga sebenar nya daripada hadiah yang korang bagi tu . percayalah ;) hargailah orang yang tersayang . jangan lupa cakap goodluck ;) Haha kbyeee
xoxo fatiie .

Thursday, May 5, 2011

Lama gilo tak sembang dengan kau . kalau jumpa memang takkan sembang lah kann . kau sombong memanglah . hihihi haritu pulak sembang kan ? yeahh , hello kawan lama . jangan nak sombong sangat . Haha kau superb :) dah lama tak sembang dengan kau , bila sembang memang macam orang gila ahh . sikit sikit merepeeekkk -,- Hahaha bila nak jumpa wehh ? Haha budak form 3 sumpah busy gila . haritu jumpa hanis dekat kenduri :') aawwhh main peluk peluk pulak tengah jalan . HEEEEEE . kitaorg kan ? memang lah macamniii :') sambung balik . Aku tak sombong lah wehh . muka memang tk mesra alam ;) try tegur dulu . aduhh kau ni . bui bui . sekali dah sembang tengok , gedikk pulaaa cakap aku tak sombong . lain kali jangan lupa tegur . saya tak sombong . Haha saya sayang kawan kawan saya . awhhh :') Haha kay budak ! next time sembang lagi :)
xoxo fatiie ,
assalamualaikum semua :) cakk ! heeee ;] exam PPT untuk murid tingkatan 3 bermula pada esok hari . dimulakan dengan kertas bahasa melayu kertas 1 dan 2 selaras negeri perak :)) woaahhh -,- mari tanam kan sifat ulat buku buat masa terdekat ini :) bukan muka buku kayy . ehem ehem . kemon kemon :P buat betul betul kay . kalau taktau jawapan tu , ni tips nak bagi sikit . bukan sikit , satu je pun . Haha kalau taktau ke atau terlupa ke selepas baca tu , apa kata korang bantai jehh ;) Hahaha guna tips tu kalau taknak lulus okay ? good :) next , ohh merdeka merdeka punya novel . Haha kudin kudin wait for me tomorrow kay . Haha gambateh !

xoxo fatiie

hello :) hey hari ini hari khamis . heeeeee . rindu nak hangout dengan ika akhir , hanis amira nak jumpa nurul afiqah suhaimi , cik taubah , aina sofie , kamar ayunni ramai lagi ahhh :( i miss chu too kamilia sofia :') Haha budak gemuk :P kay next siapa lagii , rindu dekat cousin aku yang menggila :) jumpa next week BBQ time kayy . ohh rindu encik A jugakk ;) Hahaha habis semua orang kau nak rindu ehh ? Imissyou takecare kayy :*
p/s : be proud nama korang dalam blog aku ;) heeee

muchlove , fatiie hoho :')

Friday, April 22, 2011

sruk srek sruk srek -,-

selamat petang wahai pembaca sekalian . ceee tengok sikit title post ni . Haha kalau tkda gambar atas tu mesti korang takfaham kan ? apa benda lahh budak ni merepek >,< Haha . gilaaa seminggu ni memang hidup segan mati takmahu . Haha selsema dtg lagi ;) perang dunia kedua wehh . Haha . nak makan ubat ada effect pulak . nanti makan takpasal pasal tidur pulak dalam kelas kann :') Haha . dah baik sikit makan ice-cream . dah kering sikit hidung tu minum ais pulak kann . walawehh hebat lahh . kalau macamtu sampai bila pun takkan baik . Haha . milo ais kantin sekolah aku menguji keimanan betul ;) ecehh . Haha gambateh fatihah ;) teruskan usaha anda !

Monday, April 18, 2011

bagai orang mengantuk disorongkan bantal ;)

cuti ! cuti ! esok cuti bagi semua penduduk di perak . sempena hari keputeraan sultan perak :) maklumlah student kan . kalau dengar jehh pasal cuti ni alangkah indahnya dunia ;) ecehh . Haha takpayah cakap student lahh . orang dah kerja pun sama . kan kan ? siapa tak suka cuti ? kalau taksuka betul betul dari sudut hati yang paling dalam dengan sejujur mungkin memang hebat ! kuat iman . Hahaha . aku cuti wehh esok . malam isnin ini apalagi . relaks memanjang . telentang sana telentang sini , macam ikan paus naik pantai :P Hahahaha . habistu esok cuti . marilah kita bersantai . esok tuisyen takdaaa ;) horaaaay . lagilah suka aku ;P Haha cehh takde lahh . budak baik kena suka belajar :P bukan begitu ? Hhaahahaha sumpah ayat aku takboleh belah. takde apa nak cakap sebenarnya . mata dah juling mengadap laptop dari tadi .
xoxo fatiie ;)

music blog :)

MUSIC BLOG TU TERSEKAT SEKAT . SORRY KALAU BUAT TELINGA KORANG RUNSING ATAU APA . AKU MALAS NAK TUKAR . SO KALAU MALAS NAK DENGAR TOLONG TURN OFF SPEAKER PC ANDA ;) TERIMA KASIH .

oral test ;)

Hari berganti hari ,
oral test makin mendekati ,
mula rasa nak mati ,
apa pun tak prepare lagi .

  • mukadimah telah diberi , mari mulakan story harini :)

oral test dah dekat . apa pun tak prepare . rabu dah mula . hari ini hari apa fatihah ? hari isnin Ye jangan taktau atau pura pura tak ingat . Haha :) lagi dua hari . ohh insyaallah sempat . bukan lah tak prepare langsung . Dah prepare dah sikit . oh tajuk oral test kali ini . BAD EFFECT OF facebook . hell yeahh . pendek kata social network lah bukan facebook sahaja :) tajuk ni quite menarik memandangkan dah zaman moden kann . haiihh tipu lah budak budak sekolah menengah taktau pasal facebook semua kann . budak tadika pun ada yang dah start guna rangkaian sosial ni ;) tajuk ni macam perli diri sendiri kan ? Haha nantaklah wehh :P okay korang semalam arsenal vs liverpool dapat seri . sedih walaupun aku expect arsenal boleh menang :P Haha tiba tiba ubah tajuk . okay takpa . sampai sini sahaja coretan saya :) sekian sekian sekian .

xoxo fatiie ;]

Sunday, April 17, 2011

hampa .

cehh post title beria memanjang ;P Haha okay blog aku ni memang caca merba lahh . teman idakle pandai edit edit blog ni . Haha kay dulu dah okay blog aku ni . tiba tiba terubah sana sini . jadilah yang memang simple dimple gila ;) cehh sampai gila tu wehh -,- Haha . actually benda ni takda kene mengena dengan post title tu . sorry lah ehh aku memang suka merepek ;> mari sini dekat dekat dengar ini cerita . sedih gila takdapat tengok maharaja lawak minggu ke 3 . takde pulak dekat astro prima . dekat astro warna jehh ada . astro aku ni tak berwarna . so , takboleh lah tengok . Hahaha . tengok dekat youtube pun jadilah kan ? tapi takboleh lah tengok semua . aku tengok mana dan je lah . lepastu lembab gila nak loading . ya allah :') Haha sabo jelahh . P/S: hati legend muka cuteeee ;) Jambu :P

kem kepimpinan :)

subuh subuh aku dah bangun hari ini :) cehh buang tebiat . Haha selalu kalau tk terpacak matahari dekat atas kepala tak bangun bangun ehh ? sebab ada kem kepimpinan . waktu subuh tu mula lah bunyi alarm . mimpi aku pun terhenti sampai situ . air liur basi dah dibersihkan . katil dah kemas . baju dah gosok . bantal dah susun . apa lagi ? ready go pergi mandi . 20 minit mandi pagi wehh . Haha itu mandi ke tidur tu ? Haha mana tak nya , termenung lagi . tak semangat langsung nak pergi sekolah pagi tu . asyik jealous tengok orang lain terbongkang lagi tidur kan ? yelahh hari sabtu . hihihi ** ;) dah siap pakai baju ! yaayy masa untuk berangkat . eh jap jap . tadi kata tak semangat . ni tiba tiba yaay pulak ? Haha nantaklah kan . sampai sekolah jumpa kawan kawan mula laaahhh . mulut ni cot cet cot cet . Hahaha . so far aku enjoy pergi kem kepimpinan ni . aihh maklumlah banyak aktiviti . kalau difikirkan jugak , daripada aku tak datang duduk rumah ke sana ke mari buang masa . baik aku pergi buat aktiviti berfaedah kan ? dekat sana kene bagi bagi kumpulan . biasalah tu , lumrah hidup . tak kan asyik nak sama dengan geng je kann ? Haha tapi dah nasib aku kot . dapat jugak geng dalam satu group ;) weehaaa . Haha group 9 :) diketuai oleh LIM LI ERN form 5 , kak aimi banyak lagi lahh . heeee best best . BRAVO BRAVO ! aku ingat kakak cina tu sombong . Haha actually tak . dont judge its book without its cover kay . eh eh betul ke tu ? Haha nantaklah . well dia okay lah . friendly jugakk ;) well sampai di sini sahaja coretan saya . sekian sekian sekian . kayy bye , xoxo fatiie .

Thursday, April 14, 2011

bila dah bercelaru

hello :) sihat semua ? good then kalau sihat . hoho takpaksa korang nak baca benda ni . sebab blog aku pun dah macam apa jehh -,- dah berterabur . malas nak kisahkan . okeee fine . aku cari layout . dah jumpa semua tkboleh pakai :') mulalah rasa nak maki :D Haha . jom ke tumblr . well , ada orang cakap tumblr ni boring . Haha aku rasa tk . sebab aku dah sign up . well , lagi okay lah korang :) taklah rumit sangat macam blog actually . tapi ikut suka lah kan . manusia ni macam macam . tak semua ada pendapat yg sama .

Friday, March 25, 2011

excuse me ?
















HAHAHAHAHAHAHAHA

merokok membahayakan kesihatan ;)


RENUNG-RENUNGKAN LAH DAN SELAMAT BERAMAL ;]

Friday, March 18, 2011

RAJA LAWAK ;]

GELANGGANG RAJA LAWAK AKHIR MUSIM KE 5 ;)
countdown babeeee ;]

Thursday, March 17, 2011

teknik menghafal :)

disini ada beberapa teknik untuk menghafal yang saya dapat dari satu blog yang menarik ni . mungkin berguna kepada anda !

Sebelum menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, mem

baca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik “Chunking”
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-m

isahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur’an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum meng

hafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang

yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.


SELAMAT MENCUBA !

pepatah ?

"dont judge a book by its cover"

"MIND YOUR OWN BUSINESS"


klinik 1 malaysia ;]

DOKTOR : SAKIT APA DIK ?
ME : SAKIT TELINGA :')
DOKTOR : SEBELAH MANA ?
ME : OHH SEKOLAH CONVENT .

sebaik sahaja orang orang disekitar aku mendengar jawapan aku , mereka semua ketawa ! HAHAHA aku pun apa lagi . gelakk jugak lahh nak cover kan ? padahal dalam hati dah malu -,- HAHA

surat cinta lahh :P

TERGELAK DIBUATNYA BACA SURAT CINTA NI . HAHA . KONONNYA KARANG SURAT NI MASA TENGOK NATIONAL GEORGRAPHIC * HAHAHA . JOM BACA SAMA SAMA !

Menemui awekku...


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi,tetibe aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku ini.Dan kehadiranmu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.Kau juga mengajarku erti cinta,singa laut,beruang k
utub,kambing salji,mee rebus,cendol,kotak pensil,tali kasut dan pasu bunga.Kita ibarat Nobita dan Shizuka.Kau dan aku ibarat Kurt Cobain dan Whoopi Goldberg yang tak dapat dipisahkan.Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet ziku itu telah mengudang perpisahan yang akhirnya mengecewakan seluruh penternak lipan di burma.


Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.Aku seperti tidak percaya apa yang terjadi.Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah.Ternyata sikapmu mulai berubah bila malaysia melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.Akhirnya aku menyedari yang aku tidak diperlukan lagi.


Aku cuba bermain badminton sambil makan mee hailam
untuk melupakanmu,tetapi aku tidak berdaya.Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebagai tanda aku tidak bersalah.Mengapa ?mengapa sayang ?mengapa ini semua bisa terjadi ?mengapa setelah kau curi hatiku,kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku
sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.


Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk.Dan kini segala harapanku berkecai bagaikan aku terjatuh dari menara kuala lumpur dan dihempap oleh menara berkembar petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi komuter hingga aku hancur berkecai.Oh ! terlalu berat dugaan yang kutempuhi ini.


Tak perlu dikesali lagi kerana nasik sudah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang menjadi makanan lembu.

Walaupun segalanya telah berakhir,di sini,di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau kembali.Selagi ada nafas,selagi ada kompleks membeli belah SOGO,selagi ada kedai kasut selipar di sekitar argentina,selagi kumpulan metallica tidak berpecah,aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.Aku amat mencintaimu dari hujung bulu ketiak hingga celah gigi dan seperti buih2 sabun banyaknya.Namun aku menyedari yang penantianku sia2 belaka.Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah.Kalau tiang elktrik berbuah nanti,aku poskan buahnya kepadamu.Nak tak ?





alahan ?

salam semua :) hihi hari ini subuh2 lagi dah bangun :) best juga rupanya bangun pagi . tambah-tambah bila keluar . sejuk je . hehe .. lagipun orang tua tua kate , kalau bangun dah nak tengahari nanti rezeki tak masuk ;) haaa ? apa celita ? HAHA . sebelum aku merepek lebih panjang lagi , baik terus to the point kann ? haha . takut juga bila dengar pasal alahan di wanita hari ini pagi tadi .Alahan (dalam bahasa Inggerisnya = allergy) bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan. fuhhh :') berpeluh badan aku dengar :P HAHA apa apa pun , kita kenelah jaga kesihatan diri masing masing sebelum terlambat . haaa bak kata pepatah ,
SESAL DAHULU PENDAPATAN , SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA
ceyhceyh ayat aku :D



Thursday, February 17, 2011

WEIRDOOO -,-

heee :) tiba-tiba terbuka balik msej "pakcik" ni :') OH , I MISS THAT PAKCIK . HAHA tergelak aku bila teringat dekat kau . jumpa aku buat muka mintak penyepak :) HAHA dah sombong dah sekarang -,- makin kerek kau ehh ? HAHA okayokay takpaaaahhh :) aku takkisah . HAHA

Wednesday, February 16, 2011

pendakap gigi :)

ramai yang pakai pendakap gigi atau orang selalu panggil BRACES . HAHA sama jehh actually .Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi . ada jugak yang pakai sebab " trend sekarang " tapi apa yang aku tau , benda ni mahal dan cantik besi tu . HAHA macam gigi ikan jerung katanya . tapi cantik , tambah tambah bila berwarna -warna . so , lepasni siapa yang nk buat , boleh lah buat . HAHA :) gambar siapa entah aku ambik ni . dekat google . HAHA btw , tengok gigi dia cantik kann ? yeahh , saya suka :)

penat :')

biasalah awal-awal bulan nak sekolah . mesti banyak aktiviti kan ? merentas desa lah , latihan sukanlah . so , kene pandai bahagikan masa . tapi penat jugook xD heee :) tambah tambah kalau ada duty . aduhh , malas GILA :p lepastu balik rumah tidur . dah penat ? haha naik berat badan . ADUHH , masalah masalah :P

ulang kaji lagi ?

kepada calon UPSR , PMR , SPM , STPM dan lain lain lah . HAHA kita sering dikaitkan dengan ulangkaji kan ? revision ? HAHA . memang itu lah lumrah sebagai "student" ni . kalau dah berkahwin nanti ada jugak ulangkaji , bagi yang bekerja . kadang-kadang ulangkaji memang boleh bagi stress kalau OVER sangat . so , study smart ! kalau terlebih pun takboleh jugak . boleh gila dibuatnya . HAHA lagilagi lah budak budak . baru duduk kejap ulangkaji dah panas ponggong . dalam hati merungut-rungut . bila nak siap ni ? HAHA yeahh ! *perli diri sendiri :D STUDY SMART ! jangan stress ! tak elok okay . now thats all for today . thanks






bahasa zaman sekarang ?

macam-macam bahasa yang aku jumpa zaman sekarang . selalunya digunakan dalam sms , masa-masa nak chat tu dan banyak lagi lahh . tapi , kadang-kadang , kalau dah terbiasa sangat , boleh kantoi paper bm karangan wooo ! HAHA menyesal taksudah pulokk nanti . tapi terpulanglah dekat individu masing-masing . NAHH , jom layan video ni ^_^ SYOK HABIS ! me like this !

apa itu cinta ?

well hello ! sumpah cakap rindu gila dekat blog . haha cakap tak serupa bikin kann ? kejap kata last post lahh apa lahh . hehe . telangkan ada masa terluang , takbuat apa . so , update blog lahh apa lagi :) okay , topic kali ni memang jiwang habis ! APA ITU CINTA ? Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Saturday, January 1, 2011

SAYONARA :')

dear my blog , gonna say goodbye to you :')
im havingg PMR this year :) andd i have to focus on my studyyy :[

dear readers , gonna say goodbye to you too :')
thanks kerana sudi membaca blog aku . especially the follower ;]
cause your amazing , just the way you are ! heeeee ;]

HEY ! pray for me okay !
2011. Another 12 months , 52 weeks , 8,760 hours , 525,600 minutes , 3,153,600 seconds of struggles , growth , progress and experience .
goodbyeee semua ! ILOVEEEEYOUUUU :')

LISTEN ;]

ILOVEYOUBABE !

futsal !

omg ! gila seronok ! main futsal :D eventhough penat nak mampus =.= sebab , banyak gelak . well , team aku kalah :) YAAAAY ! bangga ! nur hanis amira ! loveyoulah ! syafiqa akhir ! aimi ! dalyla ! lovekorang semua ! HAHAHAHAH lain kalii main lagii okaayy ? ishh , memang lah kalah . malas nak menunjukkan kehebatan ;D ECEYH !

dia :]

COMEEEEEEEEEEEEEEL :) !

NEW YEAR :)

bye 2010 :) having so much fun dan kesedihan dalam tahun tersebut . BANYAK MEMORIII TERINDAH :') gonna miss you badlyyy :}
anddd , HELLO 2011 :) semoga tahun ini akan menjadii tahun yang baik daripada tahun-tahun sebelumnya :') lastlyyyy ,

HAPPY NEW YEAARRRRRR EVERYONEEEEEEE :)

thanks ;]

HAHAHAHA . thanks sebab buat aku selalu tersenyum sendiri :D
ILY !