A journey of a thousand miles must begin with a single step :)

Friday, March 25, 2011

excuse me ?
















HAHAHAHAHAHAHAHA

merokok membahayakan kesihatan ;)


RENUNG-RENUNGKAN LAH DAN SELAMAT BERAMAL ;]

Friday, March 18, 2011

RAJA LAWAK ;]

GELANGGANG RAJA LAWAK AKHIR MUSIM KE 5 ;)
countdown babeeee ;]

Thursday, March 17, 2011

teknik menghafal :)

disini ada beberapa teknik untuk menghafal yang saya dapat dari satu blog yang menarik ni . mungkin berguna kepada anda !

Sebelum menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, mem

baca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik “Chunking”
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-m

isahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur’an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum meng

hafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang

yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.


SELAMAT MENCUBA !

pepatah ?

"dont judge a book by its cover"

"MIND YOUR OWN BUSINESS"


klinik 1 malaysia ;]

DOKTOR : SAKIT APA DIK ?
ME : SAKIT TELINGA :')
DOKTOR : SEBELAH MANA ?
ME : OHH SEKOLAH CONVENT .

sebaik sahaja orang orang disekitar aku mendengar jawapan aku , mereka semua ketawa ! HAHAHA aku pun apa lagi . gelakk jugak lahh nak cover kan ? padahal dalam hati dah malu -,- HAHA

surat cinta lahh :P

TERGELAK DIBUATNYA BACA SURAT CINTA NI . HAHA . KONONNYA KARANG SURAT NI MASA TENGOK NATIONAL GEORGRAPHIC * HAHAHA . JOM BACA SAMA SAMA !

Menemui awekku...


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi,tetibe aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku ini.Dan kehadiranmu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.Kau juga mengajarku erti cinta,singa laut,beruang k
utub,kambing salji,mee rebus,cendol,kotak pensil,tali kasut dan pasu bunga.Kita ibarat Nobita dan Shizuka.Kau dan aku ibarat Kurt Cobain dan Whoopi Goldberg yang tak dapat dipisahkan.Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet ziku itu telah mengudang perpisahan yang akhirnya mengecewakan seluruh penternak lipan di burma.


Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.Aku seperti tidak percaya apa yang terjadi.Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah.Ternyata sikapmu mulai berubah bila malaysia melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.Akhirnya aku menyedari yang aku tidak diperlukan lagi.


Aku cuba bermain badminton sambil makan mee hailam
untuk melupakanmu,tetapi aku tidak berdaya.Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebagai tanda aku tidak bersalah.Mengapa ?mengapa sayang ?mengapa ini semua bisa terjadi ?mengapa setelah kau curi hatiku,kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku
sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.


Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk.Dan kini segala harapanku berkecai bagaikan aku terjatuh dari menara kuala lumpur dan dihempap oleh menara berkembar petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi komuter hingga aku hancur berkecai.Oh ! terlalu berat dugaan yang kutempuhi ini.


Tak perlu dikesali lagi kerana nasik sudah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang menjadi makanan lembu.

Walaupun segalanya telah berakhir,di sini,di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau kembali.Selagi ada nafas,selagi ada kompleks membeli belah SOGO,selagi ada kedai kasut selipar di sekitar argentina,selagi kumpulan metallica tidak berpecah,aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.Aku amat mencintaimu dari hujung bulu ketiak hingga celah gigi dan seperti buih2 sabun banyaknya.Namun aku menyedari yang penantianku sia2 belaka.Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah.Kalau tiang elktrik berbuah nanti,aku poskan buahnya kepadamu.Nak tak ?





alahan ?

salam semua :) hihi hari ini subuh2 lagi dah bangun :) best juga rupanya bangun pagi . tambah-tambah bila keluar . sejuk je . hehe .. lagipun orang tua tua kate , kalau bangun dah nak tengahari nanti rezeki tak masuk ;) haaa ? apa celita ? HAHA . sebelum aku merepek lebih panjang lagi , baik terus to the point kann ? haha . takut juga bila dengar pasal alahan di wanita hari ini pagi tadi .Alahan (dalam bahasa Inggerisnya = allergy) bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan. fuhhh :') berpeluh badan aku dengar :P HAHA apa apa pun , kita kenelah jaga kesihatan diri masing masing sebelum terlambat . haaa bak kata pepatah ,
SESAL DAHULU PENDAPATAN , SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA
ceyhceyh ayat aku :D